suria

William, Kate Tampil Bersama Bayi Diraja

Kate mendukung anak lelakinya sambil ditemani William.
Kate mendukung anak lelakinya sambil ditemani William.
Kate mendukung anak lelakinya sambil ditemani William.

LONDON: Putera William dan isteri, Kate Middleton membuat penampilan sulung bersama bayi lelaki yang juga bakal raja Britain yang selamat dilahirkan petang Selasa, sebaik mereka keluar dari hospital pada pagi Rabu.

Dengan tersenyum Kate memberitahu media antarabangsa yang berkumpul menunggunya di luar pekarangan Hopital St Mary, bahawa bayi itu 'amat emosional' manakala William pula berkata mereka masih lagi memilih nama yang sesuai untuk putera sulung itu.

Malah, William dengan nada berjenaka berkata, beliau baru selesai menukar kain lampin bayinya itu.

Bayi yang waris takhta ketiga Britain itu dibalut dengan selimut putih turut disambut dengan meriah oleh orang ramai di luar pekarangan hospital.

“Ia saat yang amat istimewa. Saya fikir sebagai ibu bapa baru memahami apa perasaan yang kami alami sekarang," kata Kate yang kelihatan ceria.

Bayi diraja itu dilahir kira-kira pukul 4.24 petang waktu tempatan Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Lain