suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duta PBB Ke Syria Masih Usahakan Sidang Keamanan

WASHINGTON: Duta keamanan bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi pada Isnin (waktu Amerika Syarikat) berkata, beliau sedang berusaha dengan rancangan untuk persidangan yang bermatlamat bagi mengakhiri persengketaan meskipun belum ada tarikh yang sesuai ditetapkan.

"Ia amat sukar untuk membawa mereka yang membunuh orang yang lain selama dua tahun untuk datang ke persidangan ini secara tiba-tiba bagaikan magik," katanya kepada para pemberita dalam satu majlis di Washington.

"Masih terdapat isu-isu yang belum dapat diselesaikan. Kami amat berharap. Itu yang kami dapat katakan," katanya lagi.

Rundingan itu yang dikenali sebagai Geneva 2 pada awalnya dirancang pada lewat Mei lalu selepas idea untuk mengadakannya buat pertama kali dicadangkan semasa mesyuarat di Moscow antara Setiausaha Negara AS, John Kerry dan rakan sejawatnya Sergei Lavrov.

Bagaimanapun, kesukaran untuk mendapatkan persetujuan tentang siapakan yang akan menduduki rundingan itu, menyebabkan rancangan tersebut tertangguh sehingga Jun dan Julai.

Ia dijangkakan akan menetapkan tarikh baru pada September ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain