suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam: Lebih 100 Pencari Suaka Diselamatkan

CIDAUN: Lebih 100 pencari suaka berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Jawa.

Seorang kanak-kanak disahkah maut.

Pasukan penyelamat Indonesia bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan oleh pihak berkuasa Australia, petang Selasa.

“Kami tidak mengetahui angka sebenar mereka cuma kami memberi tumpuan kepada kerja mencari dan menyelamat mangsa," kata ketua penyelamat dari Bandung, Rochmali.

Beliau menganggarkan jumlah mereka antara 100 hingga 200 orang.

“Kami tidak tahu mereka dari mana. Kami cuma pastikan mereka berada dalam keadaan baik dan tiada lagi yang tertinggal di laut," katanya.

Bot yang dinaiki mangsa dikatakan dari kawasan nelayan di Cidaun, barat Jawa.

Laporan dari Australia berkata, pencari suara itu kebanyakannya dari Sri Lanka dan Iran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain