suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Dua Gempa Bumi Di Tengah China Meningkat

Orang ramai berkumpul di jalan raya selepas gempa bumi melanda Dingxi, China.
Orang ramai berkumpul di jalan raya selepas gempa bumi melanda Dingxi, China.
Orang ramai berkumpul di jalan raya selepas gempa bumi melanda Dingxi, China.

BEIJING: Sekurang-kurangnya 47 orang maut manakala 300 lagi cedera dalam dua gempa bumi yang menggegar tengah China, awal pagi Isnin.

"Lebih 21,000 bangunan rosak teruk manakala 1,200 lagi roboh," kata seorang anggota penyelamat.

Beliau berkata kira-kira 296 orang mengalami kecederaan serius manakala 371 lagi pada gegaran kedua.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa 5.9 magnitud melanda kira-kira pukul 7.45 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di 151 kilometer (km) di barat Beidao di Wilayah Gansu di kedalaman 9.8 km.

Gempa susulan kedua berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah sama pada pukul 9.12 pagi waktu tempatan di kedalaman 10.1 km.

Bandar Dingxi merupakan salah sebuah kawasan yang paling terjejas teruk dan memiliki kira-kira 2.7 juta penduduk. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain