suria

Gempa Bumi Kuat Landa New Zealand

Pekerja-pekerja pasaraya melakukan kerja-kerja pembersihan selepas gempa bumi dengan magnitud 6.5 melanda Wellington, Ahad. Satu gempa bumi kuat melanda New Zealand, menggegarkan ibu negara itu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan awal kerosakan. -foto AFP

WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda New Zealand pada Ahad, menggegarkan ibu negara tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan awal kerosakan.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul pada 5.09 pagi waktu tempatan, 57 kilometer (36 batu) dari selatan-barat daya Wellington pada kedalaman 14 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS melaporkan gempa pada mulanya berlaku pada magnitud 6.9.

Ia diikuti dengan gempa berikutnya berukuran 5.5 beberapa minit kemudian yang datang kira-kira 10 jam selepas gegaran berukuran 5.8 dalam wilayah yang sama yang telah mengalami beberapa gempa kebelakangan ini.

Puluhan gempa bumi dicatatkan pada Ahad dengan perkhidmatan pemantauan gempa bumi GeoNet di New Zealand menggambarkan gegaran berukuran 6.5 skala Richter yang dirasai secara meluas sebagai "teruk".

"Terdapat gegaran dan rasa bergoyang yang berlaku kira-kira 30 saat," kata seorang penduduk di Pulau Selatan bandar resort Nelson kepada AFP.

Perkhidmatan bomba menerima pelbagai panggilan untuk membantu orang yang terperangkap di dalam lif di Wellington dan gempa juga mengejutkan mereka di dalam bangunan dan memutuskan bekalan elektrik.

Pakar Seismologi, Anna Kaiser memberitahu 'New Zealand Herald' bahawa gempa bumi sebesar ini bukan biasa di rantau ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain