suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buku Baru Mengenai Pembunuhan JFK Akan Diterbitkan Pada Oktober

NEW YORK: Pertikaian terhadap penyiasatan dalam kes pembunuhan Presiden John F. Kennedy akan diterbitkan dalam sebuah buku baru.

Bekas koresponden New York Times dan penulis buku paling laris, Philip Shenon akan menghasilkan sebuah buku pada musim luruh yang mendakwa individu “berpengaruh” terlibat dengan usaha Suruhanjaya Warren untuk menentukan sama ada hanya Lee Harvey Oswad sahaja yang menembak JFK di Dallas pada 22 November 1963.

Penerbit buku itu, Henry Holt and Co mengumumkan perkara itu pada Khamis bahawa ia akan menerbitkan buku berkenaan yang masih tidak mempunyai judul pada 22 Oktober, sebulan sebelum memperingati ulang tahun kematian JFK 50 tahun lalu. - AP

Artikel Lain