suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Gesa Mesir Henti Penahanan Bermotifkan Politik

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa pemimpin sementara Mesir dan angkatan tentera negara itu menghentikan tindakan menahan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin dengan menyifatkan langkah itu akan memburukkan lagi krisis politik Mesir.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, terlalu banyak penahanan sejak beberapa lalu mensasarkan hanya kepada kumpulan tertentu.

Beliau berkata, tindakan itu tidak selari dengan usaha perdamaian kebangsaan yang cuba diperkenalkan kerajaan sementara Mesir dan tentera.

"Sekiranya penahanan dan penangkapan berunsurkan politik berterusan, keadaan bertambah sukar untuk melihat Mesir maju ke depan serta tidak bergelut dengan krisis politik," katanya di sini, Jumaat. - AFP

Artikel Lain