suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

40 Dikhuatiri Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 30 hingga 40 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di China yang berpunca akibat hujan lebat.

Anggota bomba di ibu kota Chengdu menerusi laman blog mikronya berkata, tanah runtuh itu berlaku di Zhongxing, wilayah Sichuan.

Sebahagian besar China dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu termasuk Sichuan di mana tiga jambatan dilaporkan runtuh sejak Isnin lalu.

Seorang pegawai di Zhongxing berkata, setakat ini hanya 11 keluarga tertimbus dan lebih 200 penduduk dipindahkan.

Seramai 2,700 anggota penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari 12 orang yang hilang selepas sebuah jambatan di Jiangyou runtuh pada Selasa.

Artikel Lain