suria

51 Maut, 435 Cedera Dalam Tunjuk Perasaan Di Mesir

Penyokong yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital.
Penyokong yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital.
Penyokong yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital.

KAHERAH: Kira-kira 51 penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi terbunuh dalam tunjuk perasaan membantah tindakan tentera menggulingkan presiden Mesir baru-baru ini.

Seorang pengikut Ikhwan Muslimin yang mengetuai demonstrasi jalanan bagi menentang penggulingan Morsi, Nashat Mohammed berkata, anggota tentera melepaskan tembakan ke arah penyokong sebaik saja mereka selesai menunaikan solat Subuh di Kaherah, awal pagi Selasa.

"Saya sedang solat. Mereka melepaskan tembakan dari arah kiri dan kanan.

"Kami merayu supaya ia dihentikan tetapi mereka menjerit kepada kami dari setiap arah," katanya yang cedera di bahagian lutut.

Pertempuran selama tiga jam itu menyebabkan 51 penunjuk perasaan maut manakala 435 lagi cedera, kata Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Mohammed Sultan.

Dalam sidang media bersama stesen televisyen tempatan, Kolonel Tentera Ahmed Mohammed Ali berkata polis dan tentera melepaskan tembakan pada pukul 4 pagi dan penyerang mula melepaskan tembakan dan melempar Molotov Cocktail dari atas bumbung.

"Seorang tentera dan dua polis maut manakala 42 anggota keselamatan cedera. Lapan lagi berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Artikel Lain