suria

Umat Islam Di Singapura Mula Berpuasa Esok

SINGAPURA: Masyarakat Islam Singapura akan mula berpuasa pada Rabu, demikian diumumkan Mufti Singapura Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Katanya, mengikut hisab anak bulan Ramadan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang Selasa.

"Ini adalah kerana ia terlalu kecil dan tidak mencukupi syarat-syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

"Ini bererti Selasa adalah pencukup bulan Syaaban 30 hari. Oleh yang demikian sukacita diisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan bagi tahun 1434 Hijrah jatuh pada Rabu, bersamaan 10 hari bulan Julai 2013," katanya.

MABIMS, kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam, dianggotai oleh Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Artikel Lain