64 Juta Rakyat Indonesia Pengguna Aktif Facebook - Dunia | mStar

64 Juta Rakyat Indonesia Pengguna Aktif Facebook

JAKARTA: Kira-kira 64 juta rakyat Indonesia menjadi pengguna aktif Facebook dan sekali gus meletakkan negara ini sebagai antara lima pasaran terbesar bagi tapak rangkaian sosial itu.

Kedudukan ini mendorong Facebook untuk meraih manfaat kewangan daripadanya dengan mempelawa syarikat perniagaan kecil dan sederhana menyiarkan iklan di laman itu.

"Ini adalah perangkaan dalaman kami tentang pengguna aktif secara bulanan sehingga Mac," kata naib presiden Facebook bagi rantau Asia Pasifik Dan Neary seperti yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris 'The Jakarta Post' pada Selasa.

Beliau berkata pada suku pertama tahun ini, Facebook, yang beribu pejabat di Menlo Park, California, mempunyai 1.1 bilion pengguna di seluruh dunia dan 390 juta pengguna aktif di Asia Pasifik.

Beliau berkata Indonesia mengatasi beberapa negara lain kerana ia mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit yang amat ramai berikutan kadar penembusan jalur lebar bergeraknya yang lebih tinggi daripada kadar penembusan jalur lebar tetap.

Ini, kata beliau, menepati strategi Facebook untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menawarkan 'perkhidmatan bergerak' yang lebih terkemuka.

Katanya, Indonesia merupakan pasaran yang dipacu 'kemudahan bergerak'.

Langganan telefon bimbit di Indonesia - negara yang mempunyai lebih 240 juta penduduk - mencapai 290 juta pada 2012 apabila ramai penduduknya menggunakan dua atau lebih peranti itu.

Artikel Sebelum

18 Terkorban Hujan Monsun Di India

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain