suria

18 Terkorban Hujan Monsun Di India

NEW DELHI: Hujan lebat di beberapa bahagian di utara India pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kematian apabila monsun tahunan melanda negara ini hampir dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan kata pegawai.

Hujan lebat yang mencurah mengejutkan bandar New Delhi pada hujung minggu menyebabkan banjir di dewan ketibaan di lapangan terbang antarabangsa dan domestik serta membawa kepada kesesakan lalu lintas di beberapa bahagian bandar, Press Trust of India melaporkan.

"Empat belas orang telah meninggal dunia dan lebih 50 orang telah hilang disebabkan tanah runtuh dan runtuhan bangunan disebabkan hujan lebat," menurut pengarah pengurusan bencana, Piyush Rautela.

Tiga ahli dalam sebuah keluarga termasuk seorang budak lelaki meninggal dunia apabila rumah mereka di bandar Dehradun runtuh, Rautela memberitahu AFP.

"Rekod menunjukkan Dehradun menerima 220 milimeter (8.7 inci) hujan dalam tempoh 24 jam semalam. Hujan turun tanpa henti sejak pagi Sabtu," kata beliau.

Paras air sungai berterusan meningkat di seluruh negeri, melimpah ke jalan dan menyebabkan ratusan terperangkap.

Artikel Berikut

Artikel Lain