suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Cedera Dalam Insiden Bom Berani Mati Di Russia

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas seorang pengebom berani mati wanita meletupkan dirinya di wilayah Dagestan, pada Sabtu.

Jurucakap polis, Fatina Ubaidatova berkata, wanita itu meletupkan dirinya berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri di bandar Makhachkala.

"Lima daripada 12 yang cedera itu merupakan anggota polis dan pengebom itu mati di tempat kejadian," katanya.

Letupan itu merupakan insiden kedua dalam minggu ini selepas empat terbunuh, manakala 40 cedera dalam satu lagi letupan di bandar yang sama pada Isnin lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain