suria

16 Kanak-Kanak Mati Bas Dinaiki Terbakar di Pakistan

LAHORE: Seramai 16 kanak-kanak dan seorang guru wanita terbunuh apabila bas sekolah yang mereka naiki terbakar di tengah Pakistan, pada Sabtu.

Ketua Polis Tempatan, Dar Ali Khattak berkata, insiden yang berlaku di Gujrat, timur bandar Lahore itu turut menyebabkan tujuh lagi kanak-kanak cedera dengan lima daripadanya parah.

Katanya, bas yang membawa 24 kanak-kanak itu terbakar sejurus selepas bergerak beberapa kilometer dari sekolah.

"Kebakaran berpunca daripada percikan api apabila pemandu menukar penggunaan bahan api bas tersebut daripada gas ke minyak," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain