12 Maut Pertempuran Tentera Filipina-Militan Abu Sayyaf - Dunia | mStar

12 Maut Pertempuran Tentera Filipina-Militan Abu Sayyaf

ZAMBOANGA: Pertempuran antara tentera Filipina dengan kumpulan militan Abu Sayyaf menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang maut pada Sabtu.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Domingo Tutaan berkata, pertempuran di pedalaman selatan Filipina wilayah Jolo itu menyebabkan tujuh tentera marin Filipina terbunuh dan sembilan lagi cedera.

Katanya, lima anggota Abu Sayyaf turut maut dalam pertempuran itu.

"Pertempuran berlaku awal pagi tadi ketika pasukan tentera menjejak mereka yang bertanggungjawab ke atas beberapa insiden penculikan baru-baru ini di kawasan itu, termasuk seorang isteri tentera," tambah Tutaan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia