suria

'Askar British' Disembelih Dalam Serangan Di London

LONDON: Unit pencegah keganasan polis British pada Khamis, menyiasat pembunuhan seorang lelaki yang dikatakan seorang askar, yang telah disembelih dan dipancung di jalan raya yang sibuk di London oleh dua lelaki yang melaungkan slogan-slogan Islam.

Penyerang, memegang pisau termasuk pisau pemotong daging, melakukan serangan tersebut beberapa ratus meter dari Royal Artillery Barracks di Woolwich, tenggara London.

Perdana Menteri, David Cameron mengutuk "jenayah mengerikan", sambil menambah: "Terdapat tanda-tanda yang kukuh bahawa ia adalah satu insiden membabitkan pengganas"

Beliau memendekkan lawatan ke Paris untuk terbang kembali bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecemasan kerajaan, COBRA, yang telah mengadakan pertemuan beberapa jam selepas serangan tersebut.

Laporan media memetik saksi sebagai berkata, lelaki terbabit berlari ke arah mangsa di dalam kereta sebelum menyembelihnya dengan pisau.

Saksi menceritakan bagaimana selepas dua lelaki itu menjalankan serangan, mereka terus berada di tempat kejadian, meminta pejalan kaki merakamkan gambar dan aksi mereka.

Polis melakukan tembakan dan kedua-dua penyerang cedera selepas mereka berlari ke arah pegawai, kata saksi.

Kedua-dua sedang dirawat di hospital, kata polis.

Artikel Lain