Canselor Jerman Angela Merkel Kekal Teratas Dalam Senarai Forbes 100 Wanita Paling Berkuasa

SINGAPURA: Canselor Jerman Angela Merkel menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes bagi 100 Wanita Paling Berkuasa di dunia buat tahun ketiga berturut-turut dan pada jumlah lapan kali.

Beliau diikuti oleh Presiden Brazil Dilma Rousseff di No. 2, dan pengerusi bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, di No. 3.

Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama naik ke anak tangga ke-4.

Walaupun Hillary Clinton melepaskan jawatan pentingnya sebagai setiausaha negara AS, beliau masih mendapat banyak perhatian dan berada di no. 5.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hewlett-Packard Meg Whitman (No. 15) muncul sebagai subjek berita kulit majalah, "The Reluctant Savior".

Wanita-wanita terkemuka lain termasuk ketua pegawai operasi Facebook Sheryl Sandberg (No. 6), CEO IBM Virginia Rometty (No. 12), CEO Xerox Ursula Burns (No. 14), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Oracle Safra Catz (No. 23) dan CEO Yahoo! Marissa Mayer (No. 32).

Menurut majalah itu, anggota dalam ranking 2013 mewakili wanita dalam bidang teknologi, politik, bisnes, media, hiburan, NGO dan badan sukarela, serta bilionair - semua diberi ranking berdasarkan milikan wang, kemunculan dalam media dan impak.

Sejumlah 24 CEO korporat dalam senarai menerajui syarikat dengan gabungan hasil berjumlah AS$893 bilion pada 2012.

Lapan ketua negara yang mempunyai gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar berjumlah AS$9.9 trillion.

Jumlah 100 wanita dalam senarai itu mempunyai pencapaian besar: gabungan pengikut Twitter lebih 153 juta.

Antara 15 pendatang baru dalam senarai ialah Presdien Korea Selatan Park Geun-hye (No. 11), CEO Lockheed Martin Marillyn Hewson (No. 34), CEO Tory Burch Tory Burch (No. 69), Pengasas Spanx Sara Blakely (No. 90) dan CFO Baidu Jennifer Li (No. 98). Lima belas wanita terkeluar dari senarai tahun ini, termasuk Laura Lang, Cynthia Carroll dan Alice Walton. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain