Parti Tertua Jerman, Sosial Demokrat Sambut Ulang Tahun Ke-150 - Dunia | mStar

Parti Tertua Jerman, Sosial Demokrat Sambut Ulang Tahun Ke-150

LEIPZIG (Jerman): Parti Sosial Demokrat Jerman menyambut ulang tahunnya yang ke-150 pada Khamis dengan Presiden Perancis, Francois Hollande hadir sebagai tetamu khas dan Cancelor Jerman, Angela Merkel mengucapkan syabas kepada parti itu sebagai suara demokrasi yang tidak goyah.

Presiden Hollande akan menyampaikan ucaptamanya pada majlis ulang tahun parti berkenaan malam ini.

Parti Sosial Demokrat yang merupakan parti politik tertua Jerman adalah pesaing utama kepada parti pimpinan Merkel, Kesatuan Kristian Demokrat.

Jerman akan mengadakan pilihan raya umum pada 22 September depan.

Sosial Demokrat bukan sahaja akan dikenang sebagai penentang gerakan Nazi tetapi pada masa yang sama adalah juara kepada hak-hak wanita untuk mengundi dan hak pekerja.

Parti ini diasaskan oleh persatuan gerakan pekerja Jerman pada tahun 1863.

Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti, Sosial Demokrat dijangka akan melakukan penjenamaan semula bagi memastikan ia terus kekal relevan pada era ini.

"Sosial Demokrat mesti kembali menjadi penjana gerakan sosial semula," ujar ketuanya, Sigmar Gabriel.

Bekas-bekas Canselor Jerman, Gerhard Schroeder dan Helmut Schmidt turut hadir sebagai tetamu khas.

Kehadirian Presiden Hollande telah mencetuskan rasa tidak senang para pemimpin Parti Kristian Demokrat pimpinan Merkel tetapi pejabatnya menegaskan bahawa restu Merkel telah terlebih dahulu diperolehi sebelum kedatangannya.

Malah pejabat presiden Perancis itu menegaskan bahawa kehadiran pemimpin mereka adalah atas kapasiti tidak memihak kepada mana-mana pemimpin melainkan sekadar untuk menghormati jemputan rakan sosialis mereka dari Jerman semata-mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber