suria

Angka Kematian Lombong Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 21 Orang

TIMIKA: Angka kematian akibat keruntuhan terowong lombong emas dan tembaga di wilayah Papua Indonesia telah meningkat kepada 21 orang.

Masih terdapat tujuh orang lagi yang diklasifikasikan sebagai masih hilang dan usaha untuk mengeluarkan mereka sedang dipertingkatkan.

Insiden tersebut berlaku pada 14 Mei lalu di Lombong Freeport-McMoRan's Grasberg, iaitu salah satu lombong emas dan tembaga yang terbesar di dunia.

Semalam empat mayat lagi dibawa keluar dari tempat kemalangan itu berlaku.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Freeport-McMoRan, Richard Adkerson tiba di kawasan kemalangan untuk melihat situasi semasa dan menziarahi mereka yang tercedera dan keluarga mangsa.

Presiden Indonesian, Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan pada Isnin bahawa kerajaan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu dan juga untuk menentukan sama ada terdapatnya unsur-unsur kecuaian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain