suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelabur Malaysia Jual Hartanah Di Melbourne

MELBOURNE: Pelabur persendirian Malaysia, Jimmy Goh sedang berusaha menjual tiga tapak pembangunan daerah perniagaan pusat perdana di sini pada harga A$80 juta, iaitu hampir sekali ganda berbanding A$47,425,000 harga beliannya antara 2008 dan 2012.

Goh, yang berasal dari Klang, membeli tapak itu di Mackenzie Street, La Trobe Street dan Franklin Street, yang terletak di sebelah utara bandar raya ini.

Akhbar The Age melaporkan jualannya dikendalikan oleh Colliers International dan CBRE.

The Australian Financial Review berkata tapak seluas 1,548 meter persegi di Franklin Street dijangka ditetapkan berharga lebih A$16 juta, tapak pembangunan McKenzie Street seluas 2,030 meter persegi (lebih A$20 juta) dan hartanah di La Trobe Street, yang terletak bertentangan Melbourne Central bernilai A$40 juta.

Goh, adalah anak lelaki mendiang Goh Swee Chow, seorang pemaju dan pelabur, aktif dalam pasaran hartanah di Malaysia dan Australia. - BERNAMA

Artikel Lain