suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Terbunuh Dalam Serangan Berani Mati Afghan

MAZAR-I-SHARIF: Pengebom berani mati telah meletupkan dirinya di luar sebuah bangunan kerajaan di Utara Afghanistan pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.

Menurut para saksi, pengebom berani mati itu memakai pakaian seragam polis sebelum meletupkan dirinya di hadapan sebuah pejabat kerajaan di pekan Pul-e-Khumri dekat sini.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Wilayah Baghlan, Sadeq Muradi kepada agensi berita AFP.

Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah ketua majlis wilayah berkenaan, Rasoul Mohseni dan tiga pengawal peribadinya.

Menurut Sadeq, pengebom berani mati itu yang berjalan kaki sememangnya menjadikan Rasoul Mohseni sebagai sasarannya.

Anggota majlis wilayah itu dipilih sebagai perantara antara penduduk wilayah dengan kerajaan tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain