suria

Jet Pejuang Taiwan Kedua Terhempas Dalam Masa Seminggu

TAIPEI: Sebuah jet pejuang Taiwan yang terhempas ke laut di sebuah pulau di utara negara itu pada Isnin merupakan yang jet kedua dimiliki tentera udara dalam tempoh kurang seminggu, kata pegawai tentera.

Kejadian itu berlaku ketika jet pejuang buatan Perancis iaitu Mirage 2000-5 sedang dikendalikan untuk melakukan misi latihan biasa, kata tentera udara sambil menambah bahawa kedua-dua kru berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

Punca kejadian masih disiasat, katanya.

Pada Rabu minggu lepas, sebuah jet pejuang F-16 terhempas di tengah Taiwan ekoran kegagalan mekanikal.

Juruterbang itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain