Pemimpin Pembangkang Afrika Selatan Digigit Tikus - Dunia | mStar

Pemimpin Pembangkang Afrika Selatan Digigit Tikus

JOHANNESBURG: Pemimpin pembangkang Afrika Selatan, Helen Zille berkata, beliau digigit oleh seekor tikus di luar kediamannya di Cape Town.

“Ia merupakan perkara paling aneh yang baru sahaja berlaku. Saya mahu pergi mengambil surat khabar di pintu pagar apabila seekor tikus meluru keluar dan menggigit tumit saya!” kata Ketua Perikatan Demokratik itu, yang merupakan kumpulan pembangkang utama, dalam Twitter.

Beliau menyiarkan sekeping gambar tumitnya yang berdarah dalam insiden itu.

Apabila ditanya oleh seorang pembaca kenapa beliau tidak mempersalahkan Kongres Kebangsaan Afrika yang memerintah, berhubung insiden itu, beliau membalasnya: “Kenapa saya tidak fikirkan perkara itu!!”

Tetapi jenakanya tidak lagi dirasakan kelakar apabila seseorang bertanyakan sekiranya tikus itu adalah hitam atau putih, di mana negara itu masih sensitif mengenai kaum meskipun dasar apartheid sudah berakhir hampir 19 tahun.

“Hanya di SA (South Africa atau Afrika Selatan)!!! Hanya menunggu masa untuk seseorang menimbulkan isu kaum mengenainya (insiden),” tulis beliau. - AFP

Artikel Sebelum

Obama Jejak Kaki Ke Tebing Barat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber