suria

53 Maut Letupan Di Tengah Damsyik

Orang ramai melihat beberapa kereta yang rosak teruk akibat letupan pada Khamis.
Orang ramai melihat beberapa kereta yang rosak teruk akibat letupan pada Khamis.
Orang ramai melihat beberapa kereta yang rosak teruk akibat letupan pada Khamis.

BEIRUT: Seramai 53 orang maut manakala 200 lagi cedera di tengah Damsyik, Syria pada Khamis apabila sebuah bom kereta meletup di sebatang lebuh raya yang sibuk, menurut laporan televisyen di negara itu.

Lokasi letupan itu berlaku berhampiran dengan pejabat Parti Baath dan Kedutaan Rusia.

Stesen televisyen itu turut menunjukkan mayat rentung dan berlumuran darah yang bergelimpangan di sepanjang jalan selepas letupan itu.

Insiden itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati iaitu kumpulan pengganas yang menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Pemberontak yang mengawal daerah dari selatan ke timur Damsyik cuba melumpuhkan kuasa Bashar hampir sebulan dan insiden serangan bom sering berlaku sepanjang tahun lalu.

Kumpulan pemberontak al Qaeda, Jabhat al-Nusra yang didakwa bertanggungjawab melakukan beberapa serangan bom berkata, mereka melancarkan 17 serangan di sekitar Damsyik pada separuh pertama bulan Februari termasuk sekurang-kurangnya tujuh pengeboman.

Aktivis berkata, kebanyakan mangsa letupan di bandar Mazra terdiri daripada orang awam termasuk kanak-kanak dari sekolah yang terletak di belakang bangunan Baath.

Aktivis pembangkang melaporkan, beberapa letupan susulan berlaku di bandar lain selepas insiden letupan sebelum pukul 11 pagi itu.

Salah seorang penduduk di bandar itu terdengar tiga atau empat pelancar roket bom ke udara disusuli bunyi letupan.

Salah satu daripada roket bom tersebut disasarkan ke taman awam di daerah Abu Rummaneh tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penentangan penduduk terhadap rejim Bashar bermula pada Mac 2011.

Lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran antara penduduk tempatan dengan askar-askar Syria.

Kumpulan pemberontak itu mahu Bashar meletak jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara.

Artikel Berikut

Artikel Lain