suria

Bantuan PBB Diperlukan Untuk Bantu Mangsa Taufan Bopha Di Filipina

DAVAO (Filipina): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin melancarkan $65 juta tabung rayuan bantuan global untuk membantu mangsa taufan yang terjejas yang mengorbankan lebih 600 orang dan menyebabkan jutaan penduduk di selatan Filipina terjejas.

Pegawai bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pejabat PBB negara Luiza Carvalho, berkata dana tersebut akan membantu menyediakan makanan, tempat tinggal, air dan perlindungan kecemasan kepada 480,000 orang di kawasan yang paling teruk dilanda taufan.

Carvalho menghabiskan beberapa hari lepas melawat pulau Mindanao, di mana tanah runtuh dan banjir akibat Taufan Bopha meranapkan keseluruhan masyarakat pada minggu lepas.

"Saya terkejut dengan kemusnahan yang saya lihat," katanya pada sidang berita di bandar Davao, di pinggir zon bencana.

"Kawasan ini telah benar-benar musnah, dengan hanya beberapa bangunan rosak masih belum runtuh. Terdapat serpihan dari rumah-rumah, bangunan, tanah runtuh dan kayu balak. Kawasan perladangan telah musnah."

Beliau berkata taufan paling kuat melanda rantau ini berlaku lebih daripada 80 tahun, telah meninggalkan ramai penduduk miskin tidak berupaya memberi makan kepada keluarga mereka.

"Kemusnahan ini tidak boleh dipadamkan dalam sekelip mata," katanya.

Dalam usaha jangka panjang, program bantuan PBB juga akan membantu mangsa untuk memulihkan emosi dan memulihkan sektor ladang yang musnah, kata Carvalho.

Satu pertiga tuaian pisang negara telah musnah, meninggalkan puluhan ribu pekerja ladang tanpa sumber pendapatan serta-merta, menurut pegawai industri.

Pejabat pertahanan awam di Manila berkata 647 mayat telah ditemui.

Seramai 780 orang masih hilang, termasuk kira-kira 150 nelayan dari General Santos.

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain