suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bloomberg Television Jalin Kerjasama Di Indonesia

SINGAPURA: Bloomberg Television kini menjalin kerjasama dengan Idea Group dari Indonesia, iaitu satu syarikat media dan komunikasi strategik, bagi melancarkan Bloomberg Television Indonesia (BTV) pada awal 2013.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bloomberg Television berkata BTV, yang akan disampaikan dalam Bahasa Indonesia, akan menyampaikan berita Bloomberg serta kandungan yang dijana dari dalam negara itu ke seluruh ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Pengarah Komersil Asia Pasifik Bloomberg Television Gary Groenheim berkata Indonesia bukan sahaja salah satu pasaran pengguna terbesar di Asia, ia juga mempunyai salah satu ekonomi yang pantas berkembang dan kelas pelabur yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Idea Group Ziva Narendra Arifin berkata pemindahan kemahiran, pengalaman dan etika kewartawanan akan memberi manfaat kepada pasaran tempatan.

Bloomberg adalah penyedia data perniagaan dan kewangan, analisis dan berita global dan awal tahun ini telah melancarkan kolum berita "Daily South-East Asian" bagi liputan lebih mendalam dari satu rantau yang semakin berpengaruh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain