SAN FRANCISCO: Twitter pada Selasa menambah aplikasi muat turun gambar Instagram selepas laman Facebook memperkenalkan aplikasi itu di laman sosial berkenaan baru-baru ini.
"Mulai hari ini, anda dapat mengurus dan mengedit gambar terus dari Twitter," kata perkhidmatan sosial itu di laman blognya.
"Setiap hari, berjuta-juta orang menggunakan Twitter untuk berhubung dan mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya. - AFP


