suria

Insiden Mercun Meletup Dalam Bas, 10 Cedera

CALI, Colombia: Mercun yang meletup dalam bas di Colombia telah mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, kata pihak berkuasa pada Sabtu (waktu tempatan).

Sekurang-kurangnya empat daripada mereka cedera parah.

Insiden itu berlaku pada lewat Jumaat apabila seorang penumpang yang meletakkan beg pakaiannya yang mengandungi mercun begitu hampir dengan enjin kenderaan, menyebabkan haba daripada motor itu membuatkannya meletup, kata John Wilson Rengifo, Datuk Bandar Candelaria kepada AFP.

Letupan itu berlaku berikutan rakyat Colombia mengadakan sambutan Night of The Candles (Malam Lilin), satu tradisi di mana ratusan ribu orang akan membawa lilin di jalanan dan menyalakan mercun serta bunga api. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain