suria

Penunjuk Perasaan Mesir Kepung Istana Presiden Morsi

Polis Mesir memasang kawad duri bagi mengelakkan penunjuk perasaan daripada menyerang istana Presiden Mohamed Mursi di Mesir pada Rabu.

KAHERAH: Lebih 10,000 penunjuk perasaan mengeliling istana presiden selepas polis antirusuhan gagal menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan terhadap pemerintahan Presiden, Mohamed Morsi.

Penunjuk perasaan bertindak ganas dengan memotong jaring besi penghalang yang diletakkan beberapa meter dari istana dan semburan gas pemedih mata tidak menghalang mereka mendekati pagar istana. Morsi dikatakan tidak berada di dalam istana, demikian menurut sumber presiden kepada AFP hari ini.

Penunjuk perasaan mengepung istana di tiga penjuru dan mereka yang sebahagian besar dari puak liberal dan pergerakan kiri parti politik memecah lampu jalan dengan kumpulan yang besar.

Ini menyebabkan laluan ke istana tidak dapat dilalui kenderaan dengan polis antirusuhan hanya mampu berkawal di pintu masuk istana.

Tunjuk perasaan pada Rabu adalah yang terbaru bagi membantah kuasa yang diperoleh Morsi untuk terus berkuasa serta mengkaji draf perlembagaan sebelum melaksanakan referendum. - AFP

Artikel Lain