suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangladesh Jangka Penghantaran Wang Meningkat Sebaik Malaysia Sambung Semua Pengambilan Tenaga Kerja

NEW DELHI: Bangladesh, yang melihat kejatuhan 24 peratus dalam penghantaran masuk wang, berbanding bulan-bulan sebelum ini, menjangka ia akan meningkat kembali sebaik sahaja Malaysia memulakan semua pengambilan tenaga kerjanya.

Warganegara Bangladesh yang bekerja di luar negara menghantar pulang US$1.098 bilion pada November, susut US$356.44 juta daripada US$1.454 bilion yang dihantar pada Oktober, lapor Bangladesh Financial Express.

"Kemasukan penghantaran wang masih pada paras memuaskan," kata seorang pegawai kanan Bangladesh Bank (BB) kepada akhbar harian itu, menambah bahawa aliran masuk penghantaran wang mungkin akan meningkat pada bulan-bulan akan datang selepas menyambung semula eksport tenaga kerja ke Malaysia.

Laporan itu berkata Malaysia akan mengambil 30,000 pekerja Bangladesh untuk sektor perladangan mulai awal tahun depan, mengakhiri larangan empat tahun.

Isnin lepas, Bangladesh dan Malaysia menandatangani tiga memorandum persefahaman mengenai penyambungan semula pengambilan tenaga kerja dan kerjasama dalam mengekang jenayah antara kedua-dua negara. Kumpulan pertama pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia Februari depan. - BERNAMA

Artikel Lain