suria

Jutaan Jemaah Haji Wukuf Di Padang Arafah

Jutaan jemaah haji menuju ke Bukit Arafah berhampiran kota suci Mekah sebagai kemuncak ibadah haji. Seramai tiga juta jemaah dilaporkan mengerjakan haji pada fasa pertama tahun ini. - AFP

MAKKAH: Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah dari seluruh dunia pada Jumaat untuk berwukuf di Padang Arafah iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka.

Para jemaah memenuhi Arafah yang bertukar menjadi kota raya khemah terbesar di dunia ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan seterusnya mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia.

Semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca al-Quran atau melakukan solat sunat.

Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika.

Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah (25 Oktober) sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah (26 Oktober).

Sementara itu, kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir.

Selepas ini, jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya ke Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei.

Jemaah haji akan melakukan ibadah melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. -BERNAMA

Artikel Lain