suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: 17 Dikhuatiri Maut di Peru

LIMA: Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan hilang dan dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan Peru, pada Khamis.

Jabatan Pertahanan Awam Peru berkata, banjir yang membawa lumpur dan batu itu meranapkan empat rumah di kawasan pergunungan El Porvenir, di utara San Martin pada waktu subuh hari Rabu.

Anggota penyelamat dikerah bergegas ke El Porvenir, yang kebanyakan penduduknya adalah petani bagi menyelamatkan mangsa.

Hujan lebat di wilayah Andean, Peru sejak beberapa minggu lalu menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain