suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hakim Ditangkap Miliki Dadah Dalam Karaoke

JAKARTA: Seorang hakim mahkamah daerah di Indonesia telah ditangkap sepasukan pegawai Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia kerana memiliki dadah jenis pil ecstacy ketika sedang berpesta narkotik dalam sebuah karaoke di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Media tempatan memetik pegawai BNN sebagai berkata bahawa hakim lelaki itu didapati memiliki sejumlah pil ecstacy dan sebuah alat menghisap dadah semasa dia ditangkap. Turut dirampas daripada mereka ialah dadah jenis syabu.

Satu laporan menyebut pengakuan hakim itu kepada pihak berkuasa bahawa beliau membelanjakan Rp11 juta untuk membeli dadah dan mengadakan pesta narkotik di tempat hiburan itu pada Selasa.

BNN dilaporkan telah sekian lama menyiasat hakim itu selepas mendapat maklumat mengenai penglibatannya dalam kegiatan dadah.

Turut ditangkap bersama beliau semalam ialah dua rakannya serta empat wanita penghibur yang menemani mereka dalam karaoke itu.

Hakim itu juga pernah dilaporkan terlibat dalam kes gangguan terhadap wanita sebelum ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain