suria

7 Pegawai Persekutuan Mexico Ditahan Bantu Sindiket Dadah

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menahan tujuh pegawai persekutuan yang didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian raja dadah Sinaloa.

Pendakwa raya Jose Cuitlahuac Salinas berkata, pegawai terbabit ditahan untuk siasatan berhubung pembabitkan mereka dalam kegiatan rasuah sejak Februari lalu.

Beliau berkata, pihak pendakwa raya turut menumpukan siasatan sama ada lebih ramai lagi pegawai kerajaan terbabit dengan rangkaian dadah.

Pengumuman itu sehari selepas akhbar, Reforma mendedahkan bahawa satu kumpulan pegawai persekutuan menerima bayaran AS$250,000 sebagai wang saku apabila menyalurkan maklumat mengenai serbuan atau siasatan polis.

Rangkaian dadah Sinaloa sememangnya dikaitkan dengan amalan memberi rasuah kepada pegawai tertinggi keselamatam dan antara mereka membabitkan bekas raja dadah Noe Ramirez, yang ditangkap pada 2008.

Sindiket dadah berkenaan diketuai Joaquin “El Chapo” Guzman Loera yang sememangnya amat dikehendaki polis Mexico. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain