suria

Rakyat Kemboja Sedia Berkabung Atas Kematian Bekas Raja

PHNOM PENH, Kemboja: Rakyat Kemboja bersedia menyambut kepulangan mayat bekas Raja Norodom Sihanouk, dan berada dalam kedukaan di negara kecil di Asia Tenggara itu.

Para pekerja bandaraya membersihkan jalan-jalan di sekitar Istana Diraja di Phnom Penh pada selasa, di mana mayat Sihanouk akan diletakkan untuk minggu perkabungan rasmi.

Ia akan kekal di sana selama tiga bulan di mana orang ramai boleh memberi penghormatan.

Ia kemudian akan dibakar mengikut upacara Buddha.

Sihanouk meninggal dunia pada Isnin pada usianya 89 tahun di Beijing, di mana bekas raja itu menerima rawatan sejak Januari lalu kerana menghidap pelbagai penyakit.

Mayatnya dijadualkan tiba di Kemboja pada petang Rabu.

Pegawai berkata, dijangka sekurang-kurangnya 100,000 orang akan berbaris di sepanjang laluan dari lapangan terbang ke istana untuk memberi penghormatan mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain