suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Pesawat Tentera Russia Terhempas

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia pada Sabtu mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Laut Hitam di Ukraine, menyebabkan tiga daripada empat anak kapalnya terbunuh.

Nahas itu membabitkan pesawat tentera laut Beriyev Be-12, berdekatan pangkalannya di Semenanjung Crimean di Ukraine, semalam. Menurut kenyataan kementerian terbabit, hanya seorang terselamat dalam nahas itu dan keadaannya kini parah. Agensi berita RIA Novosti melaporkan, kejadian berlaku apabila pesawat terbabit menghadapi masalah enjin ketika mahu melakukan pendaratan.

Pesawat terbabit dilaporkan sudah digunakan oleh tentera laut sejak lebih 30 tahun lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain