suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Terbunuh, 22 Cedera Dalam Serangan Guna Senjata M79

BANGKOK: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun terbunuh dan 22 orang yang lain cedera semalam apabila puak pemberontak melancarkan serangan dua butir bom menggunakan pelancar M79 ke atas orang ramai di pekan Bachok, Narathiwat.

Ketua polis forensik Narathiwat, Lt Krachan Rakrong berkata pihak pemberontak melancarkan serangan pukul 7.30 malam ketika orang ramai sedang merayakan sambutan tahunan festival pekan Bachok.

Katanya, mereka yang cedera terdiri anggota polis, sukarelawan pertahanan dan orang awam.

"Pemberontak menyerang dari jarak 300 meter berdekatan sebuah balai polis," katanya. Dalam perkembangan lain, dua orang terbunuh dan sembilan lain cedera dalam serangan berasing oleh pemberontak di Narathiwat, Yala dan Pattani antara 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak mereka yang disyaki puak pemisah menggiatkan kembali kempen bersenjata menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan itu, lapan tahun yang lepas. - BERNAMA

Artikel Lain