suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suu Kyi Tak Layak Terima Anugerah - Habib Siddiqui

WASHINTON: Aktivis Rohingya, Dr Habib Siddiqui, menganggap pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, tidak layak diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat, Pingat Emas Kongres, kerana mengambil sikap berdiam diri dan mengelak ketika krisis terbaru melanda etnik Rohingya.

Dalam kenyataan melalui surat terbuka kepada senator dan anggota Kongres Amerika, Siddiqui, berkata Suu Kyi tidak serius memperjuangkan hak asasi manusia sebaliknya kekal fanatik dan penganut Buddha Myanmar yang bersifat perkauman, sama seperti rejim yang mengenakan tahanan dalam rumah ke atasnya.

Beliau turut mendesak Kongres Amerika tidak menarik balik sebarang sekatan perdagangan dengan Myanmar sehingga ada perubahan ketara yang memberi kesan positif kepada kehidupan penduduk Islam Rohingya dan minoriti lain di negara itu, selain menjamin kerakyatan mereka dan memastikan kesaksamaan hak dan keistimewaan dikembalikan.

Siddiqui berkata di dalam sejarah Myanmar, perkauman dan ketaksuban sudah ditakrifkan dan tiada tempat untuk penganut agama lain selain Buddha di negara yang mempunyai 56 juta penduduk ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain