Singtel Dikenakan Penalti S$300,000 - Dunia | mStar

Singtel Dikenakan Penalti S$300,000

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA) mengenakan penalti ke atas SingTel kerana melanggar Kod Amalan Daya Tahan Perkhidmatan Telekomunikasi.

Ini berikutan siasatan IDA ke atas gangguan perkhidmatan "mio Voice" SingTel pada 28 dan 29 Oktober dan 4 November 2011, yang mendapati SingTel tidak memenuhi kewajipannya untuk menyediakan perkhidmatan telefon talian tetap berdasarkan Kod Daya Tahan Perkhidmatan IDA.

Insiden perkhidmatan itu menjejaskan perkhidmatan telefon talian tetap mio Voice SingTel kepada sebahagian pengguna akhir di Tampines, Changi dan Pasir Ris bagi tempoh sepanjang 28 dan 29 Oktober dan di kawasan Bukit Panjang, Bukit Timah dan Woodlands pada 4 November 2011.

Dalam satu kenyataan, IDA berkata siasatan menunjukkan gangguan perkhidmatan itu disebabkan oleh kapasiti perkakasan Terminal Talian optik ("OLTs") di Tampines dan Ibu Sawat Bukit Panjang, yang terhad.

Berikutan kesukaran perkhidmatan itu, SingTel menaik taraf kapasiti perkakasan kesemua peralatan OLT, termasuk di lokasi yang terjejas.

IDA memutuskan mengenakan penalti $300,000 ke atas SingTel kerana melanggar kod berkenaan.

Memandangkan punca gangguan perkhidmatan disebabkan kapasiti peralatan yang terhad, IDA tidak berpuas hati bahawa SingTel sentiasa aktif memantau dan mengambil langkah yang mencukupi untuk memastikan kapasiti perkakasannya mencukupi.

Seramai 500 pengguna akhir terjejas akibat gangguan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pesawat Dinaiki Isteri Romney Mendarat Cemas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain