suria

Turki Usaha Pindahkan Sebahagian Pelarian Syria

ANTAKYA, Turki: Turki sudah pun menampung seramai 80,000 pelarian Syria di kem pelarian dan negara itu kini berusaha untuk memindahkan sebahagian 10,000 daripada mereka untuk tinggal di luar pusat perlindungan bagi meredakan tekanan ke atas masyarakat tempatan dan menjaga keselamatan yang lebih baik di kawasan sempadan yang tegang.

Ramai rakyat Syria melarikan diri daripada keganasan di negara mereka dengan tinggal berhampiran dengan sempadan tetapi di luar berpuluh-puluh kem, sama ada mereka tinggal bersama ahli keluarga atau menyewa apartment, di mana sejumlah besar mereka di Antakya, sebuah bandar terbesar di tenggara Turki, di wilayah Hatay.

Kemasukan mereka sejak pemberontakan dalam menentang Presiden Syria, Bashar Assad yang bermula 18 bulan lalu telah menjadikan sumber perbandaran semakin tegang di samping menguji keupayaan kerajaan Turki untuk memantau aliran rentas sempadan yang menimbulkan kebimbangan terhadap tekanan ketegangan mazhab dan aktiviti militian di rantau itu.

Pihak berkuasa Turki, yang menyokong pembangkang Syria dalam peperangannya dengan rejim Assad, kini mahu pelarian yang tinggal di luar kem sama ada memasukkan atau memindahkan mereka di wilayah-wilayah lain.

Bilangan pelarian Syria yang tinggal di luar pusat perlindungan di Turki mencecah 40,000 orang, menurut satu anggar, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) meletakkan jumlah itu sehingga 60,000 orang.

Beratus-ratus daripada ribuan rakyat Syria lain turut berhijrah ke negara-negara jiran, termasuk Jordan, Iraq dan Lebanon. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain