suria

Tiada 'Off Suis' Internet - Pencipta WWW

Tim Berners-Lee
Tim Berners-Lee
Tim Berners-Lee

LONDON: Pencipta World Wide Web (WWW), Tim Berners-Lee, memberi amaran kepada kerajaan yang cuba untuk menyekat Internet menemui kegagalan disebabkan kepada struktur bertaburan.

Bercakap pada satu majlis yang mempamerkan negara mana menggunakan internet paling efektif, Berners-Lee berkata kekurangan 'penutupan internet' secara global bermakna pihak berkuasa tidak dapat membendung kebanjiran maklumat digital.

"Cara internet direka adalah dengan menggunakan banyak sistem.

"Pada zaman ini, sesebuah negara boleh berhubung dengan negara-negara lain melalui banyak cara. Tiada tempat yang tidak dapat dihubungi malah tiada pusat yang boleh mematikan hubungan tersebut.

"Dalam usaha untuk menyekat pengunaan internet, kerajaan atau negara berkenaan perlu berkerjasama bagi menyelaraskan dan mewujudkan sistem berpusat," katanya.

Menerusi jadual penggunaan internet yang dibentangkan, Sweden berada di kedudukan teratas pada liga global, yang dinilai oleh Yayasan World Wide Web menggunakan penunjuk seperti kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial.

Amerika Syarikat berada di tempat kedua, mendahului Britain, Kanada dan Finland.

Selain itu Yaman berada di ranking terbawah, diikuti Zimbabwe, Burkina Faso dan Benin.

Berners-Lee, pernah diberi penghormatan semasa majlis pembukaan Sukan Olimpik London, ketika melancarkan laman web pertama pada Hari Krismas 1990.

Beliau diiktiraf kerana mencipta WWW, yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan mengakses maklumat melalui Internet. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain