suria

Australia, Singapura Dipanggil Selesai Pertikaian Laut China Selatan

CANBERRA: Australia dan Singapura pada Isnin dipanggil untuk perbincangan dua hala bagi menyelesaikan ketegangan pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Kedua-dua negara diberi amaran bahawa pertikaian wilayah dan perebutan pulau-pulau di Laut China Selatan itu boleh mengganggu keamanan dan kemajuan ekonomi di Asia.

Menteri Luar Australia, Bob Carr dan rakan sejawatannya dari Singapura K. Shanmugam disarankan menyelesaikan pertikaian tersebut dalam keadaan aman dan mengikut undang-undang yang sah.

"Kita melihat perkembangan ekonomi yang dicapai ketika revolusi di Asia, Asia Tenggara khususnya dalam 40 tahun yang lalu, tidak terganggu dengan tumpuan kepada hal-hal strategik." Carr memberitahu pemberita selepas perbincangan dua hala di Canberra.

Shanmugam berkata Singapura telah diberi taklimat dan penjelasan oleh pegawai-pegawai Cina berkenaan kedudukan Beijing, semasa lawatan ke China minggu lepas.

"Separuh daripada perdagangan kita mengalir melalui rantau yang sedang dibincangkan ini.

"Kami mahu dunia terus kagum dengan perdagangan bebas dan tidak mahu dunia terganggu dengan cerita pertikaian wilayah," katanya.

Carr berkata Australia menekankan bahawa tidak akan mengambil bahagian dalam tuntutan wilayah yang bersaing, tetapi menggesa resolusi damai selaras dengan undang-undang antarabangsa. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain