suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

670 Rumah Rosak Bencana Puting Beliung Di Bogor

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 670 rumah penduduk mengalami kerosakan apabila angin puting beliung melanda enam kampung di daerah kecil Ciomas dan Taman Sari, di Bogor, Jawa Barat pada Isnin petang.

Peristiwa itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, kata Komandan Tentera Daerah 2120 Ciomas Kapten Acep Komarudin di Pejabat Pentadbiran Desa Sukamakmur, pada Selasa.

"Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa dalam bencana itu namun puluhan murid Sekolah Rendah Negeri 08 Ciomas terpaksa belajar sementara di ruangan pejabat pentadbiran Desa Sukamakmur kerana bangunan sekolah mereka rosak teruk dan tidak layak lagi digunakan," katanya.

Kawasan paling buruk dilanda bencana itu ialah Desa Sukamakmur dan Sukaharja, di daerah kecil Ciomas, di mana 427 rumah mengalami kerosakan.

Acep berkata 21 anggota tentera turut membantu mangsa untuk membersihkan kawasan perkampungan daripada serpihan bangunan runtuh dan pokok tumbang dalam kejadian bencana itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain