suria

400 Pekerja Hilang Pekerjaan, Peruncit Coklat Australia Tutup Kedai

SYDNEY: Peruncit coklat Australia, Darrell Lea pada Isnin berkata, dia akan menutup kesemua kedai miliknya dan hanya menjual produk menerusi cawangan berlesen, menyebabkan 400 pekerja akan hilang pekerjaan.

Jenama popular tempatan yang ditubuhkan pada 1927 itu telah dijual kepada keluarga Quinn yang mempunyai sejarah dalam pembuatan dan pengedaran makanan.

"Pengalaman mereka akan membantu Darrell Lea untuk terus beroperasi sebagai syarikat pembuatan iconik di Australia dengan kehadiran jenama yang kukuh," kata Penasihat Pentadbir PPB Darrell Lea dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian jualan, PPB berkata 27 syarikat sedia ada akan ditutup berkuat kuasa Ahad selepas mengalami kerugian selama bertahun-tahun.

Kira-kira 246 pekerja tetap dan 172 sambilan akan diberhentikan.

Manakala 32 kedai telah ditutup awal tahun ini.

Artikel Lain