suria

30 Maut Pertempuran Di Turki

DIYARBAKIR (Turki): Pemberontak Kurdistan yang bersenjatakan mesingan dan pelancar roket menyerang kompleks keselamatan tenggara Turki semalaman, mengakibatkan pertempuran sengit dan meragut 30 nyawa.

Gabenor wilayah Sirnak, Vahdettin Ozkan berkata, sembilan ejen keselamatan terbunuh manakala lapan yang lain cedera.

Sementara itu, sumber lain berkata, 20 ahli Parti Pekerja Kurdistan (PKK) turut terbunuh dalam pertempuran terbaru antara kumpulan pemberontak dan pasukan keselamatan Turki.

Bulan lalu, 10 orang maut dalam insiden letupan kereta yang dipercayai dilakukan oleh pejuang pemisah Kurdish di bandar Gaziantep.

Artikel Lain