suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Sedia Rancangan Cegah Banjir

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand berkata, beliau mahu merancang untuk mengelakkan bencana banjir buruk yang melanda negara itu berulang lagi tahun ini sehingga ia memusnahkan tanaman, kilang dan menyebabkan 800 orang terkorban.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengumumkan mengenai langkah-langkah mencegah banjir kepada kerajaannya pada Jumaat, berikutan musim hujan bakal menjelang yang boleh mengakibatkan bencana itu berulang.

Beliau berkata, kerajaan telah membina sekatan banjir bagi melindungi zon ekonomi dengan memasang lebih banyak pam dan penghalang mudah alih di sungai-sungai dan terusan.

Ia turut merancang untuk melabur sebanyak AS$11 juta dalam sistem pengurusan air jangka panjang.

Beliau berkata: “Dengan langkah-langkah yang tepat dan pelaburan secara besar-besaran ini, kita dapat melindungi rakyat, industri dan ekonomi kita daripada ancaman banjir.”

Banjir yang berlaku tahun lepas merupakan yang terburuk dalam tempoh setengah abad. - AP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain