suria

Ford Di Landasan Betul Saingi Toyota Sebagai Kereta Terlaris

THAILAND: Ford Motor Co berkata model kereta Focus yang bersaiz kecil berada di landasan yang betul untuk menjadi kereta terlaris di dunia tahun ini, menyaingi Toyota Corolla.

Ford menjual 489,616 model Focus sedan dan "hatchbacks" di seluruh dunia dalam tempoh separuh pertama tahun 2012.

Angka itu adalah hampir 27,000 lebih daripada penjualan terbaik Toyota Corolla.

Ford membuat pengumuman tersebut di kilang pemasangannya di Rayong, yang dibuka pada bulan Mei untuk membina Focus.

Kilang di Thailand ini yang merupakan salah satu kilang paling maju Ford, mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 150,000 kereta setahun untuk dijual di Thailand, Vietnam, Australia dan negara-negara lain di rantau ini.

Ford Focus baru-baru ini mengumumkan penjualan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Ia mencatat penjualan yang kukuh di Amerika Syarikat, di mana jualan Fokus meningkat sehingga 31 peratus dalam separuh pertama tahun ini berbanding 2011.

Tetapi Corolla masih lagi mendahului di Amerika Syarikat.

Corolla juga masih boleh berada di kedudukan teratas berbanding Focus di seluruh dunia.

Tahun lepas dalam tempoh yang sama Focus mendahului Corolla, tetapi Corolla pada akhirnya merampas kembali kedudukannnya, dengan Focus ketinggalan sekitar 100,000 penjualan kenderaan, menurut IHS Global Insight, firma perunding industri.

Di kilang itu pada Jumaat, eksekutif Ford juga telah meraikan pengeluaran kenderaan Ford ke-350 juta sejak penubuhannya 109 tahun lalu.

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain