suria

Bilangan Pelarian Syria Ke Lebanon Meningkat - UNHCR

GENEVA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) berkata, ia melihat peningkatan bilangan rakyat Syria yang melarikan diri ke Lembah Bekaa, di timur Lebanon, berdekatan dengan sempadan Syria.

Jurucakap agensi itu, Adrian Edward berkata, pihak berkuasa tempatan melaporkan kira-kira 2,200 orang tiba di lembah itu pada minggu lepas, hampor sekali ganda berbanding purata mingguan.

Beliau yang memberitahu para pemberita di Geneva pada Jumaat berkata, kira-kira 400 rakyat Syria tiba di utara Lebanon pada setiap minggu.

Edward berkata, salah satu kebimbangan agensi ialah peningkatan permintaan yang mendadak bagi tempat perlindungan di seluruh Lebanon di mana ramai pelarian kini menetap di sekolah-sekolah yang sepatutnya digunakan oleh kanak-kanak dalam beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, Turki telah membuka dua lagi khemah pelarian untuk rakyat Syria sejak beberapa minggu lalu dan kini menyediakan 11 khemah dan sekolah yang menempatkan 80,410 orang di wilayah sempadan negara itu. - AP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain