suria

Taufan Isaac Badai Pesisir Pantai Tenggara Louisiana

NEW ORLEANS: Taufan Isaac yang membawa ribut kencang dan hujan lebat mula membadai pesisir pantai tenggara Louisiana pada Selasa dan menguji benteng penghalang banjir yang dibina di New Orleans selepas Taufan Katrina memusnahkan kawasan Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) tujuh tahun lalu.

Sistem kawalan banjir gagal berfungsi ketika Katrina melanda negara itu pada 2005, menyebabkan sebahagian kawasan di New Orleans ditenggelami banjir.

Anggota tentera dan pegawai penguatkuasa undang-undang dikerahkan untuk mengawal keadaan di seluruh bandar pada minggu ini untuk mengelak tercetusnya huru-hara.

Isaac mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang dan menyebabkan banjir serta kerosakan di Haiti sebelum bergerak ke selatan Florida pada Ahad.

Kesan taufan Isaac sudah mula dirasai penduduk di sekitar pesisir pantai Louisiana, Mississippi dan Alabama.

Ribut kencang yang bertiup 62 batu sejam di New Orleans turut boleh menyebabkan banjir di Louisiana, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain