suria

17 Dipancung Di Sebuah Parti Di Afghanistan

KANDAHAR: Pemberontak Taliban memancung kepala 17 orang yang berparti, 10 tentera Afghanistan terbunuh dan dua tentera Nato ditembak mati dalam satu serangan dalam baru dalam insiden berdarah yang berlaku di Afghanistan, kata pegawai pada Isnin.

Taliban bertanggungjawab kerana memenggal kepala orang awam, termasuk dua wanita, yang mengadakan sebuah parti bermuzik di sebuah kampung di selatan Afghanistan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa ini adalah kerja Taliban,” kata jurucakap gabenor wilayah Helmand, Daud Ahmadi kepada AFP.

“Dua wanita dan 15 lelaki dipancung. Mereka berpesta dengan muzik di satu kawasan di bawah kawalan Taliban.”

Difahamkan, di bawah pemerintahan mereka terdapat hukuman awam dalam menyekat muzik dan parti.

Ketua daerah Musa Qala, Nematullah Khan, mengesahkan bahawa penduduk kampung telah menganjurkan sebuah parti dengan muzik, dan seorang pegawai tempatan berkata, beliau mengesyaki bahawa kedua-dua wanita itu menari. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain